Mahkamah Tinggi Shah Alam diberitahu, terdapat beberapa tanda menunjukkan kebakaran yang berlaku di bilik tidur Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Nazrin Hassan pada Jun 2018 sengaja dilakukan.
Pegawai Penyiasat Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Abdul Halim Zulkefeli berkata ini adalah kerana kebakaran itu hanya tertumpu kepada beberapa tempat tertentu di dalam bilik berkenaan.