Insurans dan takaful boleh membantu mangsa yang terkesan akibat banjir untuk mengurangkan kerugian dan memulihkan kehidupan dan perniagaan mereka.
Menurut Naib Presiden Kanan & Ketua Penyelesaian Korporat, Takaful Ikhlas General Berhad Mewakili Persatuan Takaful Malaysia (Mta), Kamarulzaman Mohd Nasir, perlindungan insurans dan takaful akan memberikan ketenangan jiwa kepada pemilik polisi susulan insiden yang menimpa.