Polis buat rondaan cegah jenayah ketika musim banjir

2022-03-16 0

Polis Terengganu menempatkan 800 anggota dibantu Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di seluruh kawasan yang terjejas banjir di negeri itu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail berkata, rondaan pencegahan jenayah di kawasan kediaman yang ditenggelami banjir bertujuan membendung jenayah terutama curi dan pecah rumah.