Dasar Negara Rahmah garis ciri kepimpinan berintegriti

2022-03-16 0

Dasar Negara Rahmah akan menggariskan ciri-ciri sebuah negara yang dinaungi dengan pentadbiran dan kepimpinan yang berintegriti, tadbir urus baik, memiliki masyarakat yang berilmu, berakhlak dan penyayang.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, ia juga akan mengutamakan hubungan etnik dan penganut pelbagai agama yang harmoni, kedudukan ekonomi yang mampan, pembangunan dan alam sekitar yang lestari.