Seorang ahli perniagaan terlepas hukuman mati selepas Mahkamah Tinggi Pulau Pinang melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan mengedar dadah seberat 8.7 kilogram enam tahun lalu.
Keputusan tersebut dibuat Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes Prima Facie terhadap Ong Tong Chuan, 47.