Najib arah bekas Peguam Negara dipecat - Ali Hamsa

2022-03-16 0

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bahawa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengarahkan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dipecat dan tidak dibenarkan membawa sebarang dokumen keluar daripada pejabatnya.

Bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata demikian ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Seri Gopal Sri Ram di hadapan hakim Mohamed Zaini Mazlan.