Polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes seorang pengasuh memukul bayi perempuan berusia enam bulan di Tanjong Tokong Lama, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Che Zaimani Che Awang berkata,pihaknya kini sedang menunggu laporan daripada doktor pakar sebelum menyerahkannya kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.