Polis Thailand mengenal pasti suspek yang terlibat dalam serangan di dua pos kawalan keselamatan yang mengorbankan 15 orang di Yala pada Selasa lepas.
Panglima Bahagian Tentera Darat Ke-4, Pornsak Poonsawat berkata siasatan awal polis mendapati senjata yang digunakan kumpulan suspek adalah sama dengan kes rompak sebuah kedai emas di Na Thawi, Songkhla pada 24 Ogos lalu.