Dalam isu berkaitan, Aktivis UNGGAS Malaysia, Mohd Rahimi Deraman berkata pihak berkuasa perlu memantau penjualan alat modifikasi basikal lajak di atas talian yang semakin berleluasa.
Tambah beliau, tindakan undang-undang perlu diambil kepada kedai yang menyediakan perkhidmatan basikal lajak dalam usaha mengekang aktiviti tidak sihat itu.