Dalam mengejar arus modenisasi dan berdepan cabaran Revolusi Industri 4.0, masyarakat Orang Asli juga tidak harus dikecualikan daripada mendapat akses kepada ilmu berkenaan.
Bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik, STEM, dilihat menjadi tumpuan utama dalam menyebarluaskan pengetahuan kepada masyarakat ini.