Pengendali Harimau Malaya Tan Cheng Hoe mencanang kebangkitan semula skuad negara di saingan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dengan memanggil tonggak tengah berpengalaman Kedah, Baddrol Bakhtiar dan pemain tengah Johor Darul Takzim, Afiq Fazail apabila mengumumkan senarai 26 pemain pada Rabu.