Seorang wanita warga China berusia 24 tahun, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Georgetown pada selasa atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan seorang penunggang motosikal maut Jumaat lalu.
Liu Shasha didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.