Jenazah pengarah drama dan filem, Pitt Haniff selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Au 2, Kuala Lumpur sekitar jam 2 pagi Isnin.
Allahyarham yang nama sebenarnya Mohd Firdaus Mohammad Haniff, 43, sebelum itu dibawa dari Hospital Kuala Lipis, Pahang sekitar jam 10.30 malam dan tiba di Kuala Lumpur dua jam kemudian.
Jenazah Allahyarham yang juga anak kepada pelakon Fauziah Nawi dibawa ke rumah ibunya di Taman Melati untuk disolat sebelum dikebumikan.