Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Azerbaijan Khamis malam bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) ke-18, yang dijadual membuka tirai pada Jumaat.
Pesawat khas yang membawa Dr Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali mendarat di Lapangan Terbang Heydar Aliyev kira-kira jam 7.15 petang waktu tempatan.