Status mereka tetap sebagai anak pelarian, walaupun mereka lahir di negara ini - Menteri Dalam Negeri

2022-03-16 0

Dalam pada itu, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, undang-undang negara ini tidak membenarkan anak-anak pelarian menjadi warga negara Malaysia walaupun mereka lahir di negara ini, kecuali dengan peruntukan tertentu.

"Memang kita sedari perkara itu berlaku kerana isu pelarian ini bukan baru, dalam tempoh mereka ada di Malaysia ada yang berkahwin, kahwin baru, lahirkan anak dan sebagainya."

"Tetapi status mereka tetap sebagai anak pelarian. Cuma yang penting untuk direkodkan, kita nak semua dalam rekod. Kita kerjasama dengan UNHCR supaya kad baru boleh dikeluarkan. Dan ia tak bermakna boleh dapat status warganegara. Itu ada peruntukan lain," jelasnya lagi.