Semangat kekeluargaan ditonjolkan Kumar dan neneknya menerusi iklan terbaru Petronas cukup dekat di hati penonton terutamanya generasi muda yang sukar untuk menyesuaikan diri di kampung halaman pada musim perayaan.
Kisah ini memaparkan cerita bagaimana seorang cucu berpeluang menikmati pelbagai pengalaman baharu di kampung ketika menemani neneknya.