Tiga pengedar dadah rakyat asing bakal ditembak mati di Bali

2022-03-16 0

Dua wanita Thailand dan seorang lelaki Perancis bakal berdepan hukuman mati selepas mereka ditangkap ketika menyeludup dadah ke Bali.

Agensi kastam negara itu berkata, dua rakyat Thailand dikenali sebagai Kasarin Khamkhao dan Sanicha Maneetes ditahan sejurus tiba di lapangan terbang dari Bangkok minggu lalu selepas pemeriksaan menemukan dadah jenis methamphetamine hampir sekilogram yang disorok di bawah pakaian mereka.

Free Traffic Exchange