Susulan pencemaran Sungai Segaliud, di Sandakan, Ahli Parlimen Batu Sapi, menegaskan pihaknya sedang menunggu laporan Jabatan Kimia sebelum mengambil tindakan selanjutnya.
Datuk Liew Vui Keong berkata, jika laporan kimia mengesahkan pencemaran disebabkan bahan sisa buangan kilang, pihaknya akan meminta jabatan alam sekitar untuk menutup kilang terbabit.