Hanya beberapa minggu sahaja lagi Allahyarham Leftenan Muda Maritim, Mohamad Ikmal Ibrahim, 30 tahun, akan menamatkan latihan asas pasukan khas laut sebelum ditauliahkan.
Pegawai Penguatkuasaan dan Eksesais Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Pahang, Komander Maritim Razali Kasim berkata, Allahyarham adalah dalam fasa akhir latihan yang dijangka akan tamat pertengahan November ini.