Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Dua Prof Dr P Ramasamy berkata beliau tiada masalah sekiranya kerajaan mewujudkan Kertas Putih mengenai Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) di Malaysia.
Bagaimanapun ahli Dewan Undangan Negeri Perai itu juga menggesa diwujudkan Kertas Putih mengenai penceramah kontroversi doktor Zakir Naik, serta Kertas Putih mengenai perjuangan ISIS di Syria dan 1MDB.