Polis tahan 17 warga asing jual permit pekerja asing palsu

2022-03-16 1

Seramai 17 warga Pakistan dan bangladesh dipercayai ahli sindiket membekalkan permit palsu, sejak tiga tahun lalu yang didalangi lelaki tempatan diberkas.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Asisten Komisioner Fazlisyam Abd Majid berkata, kesemua suspek ditahan hasil risikan di beberapa kawasan berasingan.