Pasangan suami isteri suspek kes tikam Menteri Indonesia

2022-03-16 0

Suspek yang menyerang dan menikam Menteri Indonesia, Wiranto, dipercayai berfahaman radikal dan mempunyai kaitan dengan jaringan pengganas, kata polis Indonesia.

Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) yang dipetik media tempatan, mahu polis dan tentera Indonesia mengesan dan mengambil tindakan tegas terhadap pelaku terbabit, selain mengarahkan kawalan lebih ketat terhadap menteri kabinetnya.