Pas tidak mencampuri urusan meletakkan calon Pilihanraya Kecil Tanjung Piai, kerana kerusi berkenaan diberikan keutamaan kepada Barisan Nasional, BN.
Bagaimanapun, menurut Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, calon yang akan dipilih itu biarlah calon yang boleh menang dan diterima rakyat kawasan berkenaan.