Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan kerajaan tidak akan memberi subsidi kepada mereka yang berpendapatan tinggi.
Ujarnya, menerusi kajian yang dilakukan, terdapat segelintir mereka yang mempunyai sehingga enam buah kereta, termasuk kereta mewah masih menerima manfaat subsidi terutama subsidi petrol.