Mahkamah Tinggi hari ini dimaklumkan, Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) mahu Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi membantu dalam pelaburan sektor pelancongan, minyak dan gas, hartanah serta pertanian untuk mengeluarkan negeri itu dari kedudukan kedua termiskin negara.
Bagaimanapun, Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1malaysia Development Berhad (1MDB) itu berkata, dia sendiri tidak jelas bagaimana tia mahu menjadikan hasrat itu menjadi kenyataan dan tanggungjawabnya sendiri di dalam pasukan.
Butiran lanjut bersama wartawan, Wan Syamsul Amly di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, silakan.