Bulan Sukan Negara yang membuka tirai pada 1 Oktober depan,dijangka mampu mencatatkan lima juta penyertaan dari seluruh negara.
Acara tahunan yang mengetengahkan elemen 3M iaitu murah, mudah dan menarik itu akan diisi aktiviti sukan, rekreasi dan kecergasan berbentuk pertandingan, persembahan dan riadah.