Tentera Darat Malaysia mengesahkan insiden kematian Mejar Mohd Zahir Armaya sebagai satu kemalangan dalam latihan.
TDM menerusi kenyataan pada Khamis memaklumkan keputusan itu dibuat oleh Lembaga Siasatan TDM yang mendapati insiden itu diklasifikasikan sebagai kejadian terpencil dan merupakan kemalangan dalam latihan.