Polis Indonesia terpaksa melepaskan penyembur air dan gas pemedih mata bagi menyuraikan berpuluh-puluh ribu penunjuk perasaan terdiri daripada pelajar yang menuntut pelbagai siri reformasi di republik itu.
Antara lain, mahasiswa mendesak kerajaan melakukan pembaharuan dan pindaan undang-undang membabitkan rasuah dan seks luar nikah.