Isu perubahan iklim yang mendepani global ketika ini menjadi satu tamparan hebat kepada para pemimpin yang mula berkampung di New York sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-74.
Cabaran global yang semakin kritikal dilihat menjadi punca mengapa PBB menganjurkan sidang kemuncak perubahan iklim seiring perhimpunan agungnya.