Jumlah kawasan dengan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat setakat tengah hari tadi, meningkat kepada 38 kawasan berbanding 18 kawasan bagi tempoh sama, semalam.
Jumlah itu menyaksikan penambahan lokasi di beberapa negeri yang terjejas serta penambahan negeri baharu seperti Kedah, Perak, Melaka, Pahang, Johor dan Terangganu.