Seorang doktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam, atas pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap bekas isterinya pada 4 September lalu di Shah Alam.
Tertuduh, Dr Syed Ariff Syed Abdul Rahman, 34 tahun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan hakim Mohd Sabri Ismail.