Kerajaan Kelantan mengakui negeru itu ketinggalan dalam arus pembangunan termasuk kemudahan infrastruktur berbanding negeri lain di Semenanjung.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada masa sama mengalu-alukan hasrat Kerajaan Persekutuan untuk memberikan tumpuan merapatkan jurang pendapatan antara negeri.