Dasar Luar Malaysia Baharu membolehkan rakyat mempunyai suara lebih besar di peringkat global.
Menurut Penganalisis Politik & Hubungan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (Uum), Profesor Azizuddin Mohd Sani, ini membolehkan isu yang dekat di hati rakyat seperti penindasan Rohingya dan penjajahan Palestin diperjuangkan dengan lebih berkesan.