Jabatan Meteorologi Malaysia memulakan operasi pembenihan awan (OPA) bagi menangani masalah jerebu di semenanjung Malaysia pada esok.
Timbalan Ketua Pengarah (Strategik & Teknikal) Maznorizan Mohamad berkata OPA tidak dijalankan hari ini kerana jabatannya meramal beberapa kawasan yang berjerebu, terutamanya Selangor, Negeri Sembilan dan Perak akan menerima penurunan hujan.