Negeri Melaka yang sememangnya terkenal sebagai negeri pelancongan bersejarah seringkali menjadi tumpuan ribuan pelancong dari dalam mahupun luar negara untuk berkunjung ke negeri itu, lebih-lebih lagi pada cuti panjang.
Bukan sahaja pengunjung, malah cuti tiga hari sempena sambutan Hari Malaysia ini juga dinanti-nantikan oleh pengayuh beca yang memanfaatkan waktu itu untuk meraih pendapatan berganda dengan pertambahan pelancong.