Ais kacang penyatu masyarakat

2022-03-16 0

Umpama semangkuk ais kacang, beraneka bahan, pelbagai rasa dan berwarna warni. Disaji pula dengan keenakan gula apong dan ais parut yang menyejukkan.

Itulah representasi kemajmukan yang dizahirkan rakyat Bumi Kenyalang. Apa yang menarik di restoran ais kacang jugalah keharmonian ini dipamerkan.