Melihat kepada jumlah kes kemalangan yang semakin membimbangkan, inisiatif untuk memberi kesedaran perlu digerakkan dari peringkat awal.
Jelas Timbalan Naib Canselor(HEP dan Alumni) UPM, Prof Dr Mohd Roslan Sulaiman, terdapat keperluan mendesak untuk menjayakan inisiatif ini melalui kempen keselamatan jalan raya dalam kursus atau pengisian di peringkat universiti malah sekolah.