Kementerian Pengangkutan menegaskan kabinet hanya meluluskan konsep perkhidmatan e-hailing motosikal di negara ini dan bukannya memberi kelulusan kepada syarikat perkhidmatan e-hailing motosikal, Go-jek sahaja.
Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata ramai yang keliru dengan isu ini dan beranggapan Kabinet hanya memberikan kelulusan kepada syarikat rangkaian pengangkutan yang berpusat di Jakarta, Indonesia itu.