Agustavia, wanita pertama dilantik sebagai ketua balai bomba di Sabah

2022-03-15 0

Siapa sangka seorang ibu empat anak mampu mengetuai sebuah balai bomba mempunyai 37 anggota yang didominasi kaum lelaki?

Bukan bersifat feminis, namun inilah rutin harian dihadapi Agustavia Joe Guasi, 37, yang bertugas sebagai ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas bermula 1 Ogos lalu.