Kompleks rumah kelahiran Tun M dibuka semula

2022-03-15 0

Kompleks rumah kelahiran Tun Dr Mahathir Mohamad di Lorong Kilang Ais, Jalan Pegawai, Alor Setar dibuka semula kepada pengunjung bermula hari ini selepas ditutup bagi projek menambah baik kompleks terbabit pada 2017.
Menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi, pembukaan semula tapak bersejarah terbabit adalah sebagai salah satu usaha kementeriannya dalam membantu kerajaan negeri Kedah bagi mempromosikan sektor perlancongan warisan menjelang Tahun Melawat Malaysia pada 2020.