Sekolah di Rusia memperkenalkan subjek berkaitan kemahiran kepada murid seawal umur 10 tahun. Pelbagai aktiviti kemahiran didedahkan seperti pertukangan kayu dan besi, kelas memasak dan jahitan juga aktiviti seni dan persembahan.
Sempena Kejohanan Kemahiran Dunia ke 45 di Kazan Russia, satu program khas disusun kepada para peserta kejohanan iaitu 'One Skill One School".
Kontinjen kemahiran Malaysia berpeluang melawat sebuah sekolah di ibu kota Kazan, untuk melihat secara dekat bagaimana minat kepada kemahiran dipupuk di peringkat sekolah.