Peguam Negara, Tommy Thomas memberitahu bahawa permohonan komital keluarga Muhammad Adib Mohd Kassim terhadapnya berhubung prosiding inkues bagi mencari punca kematian anggota bomba itu, tidak lengkap.
Peguam Kanan Persekutuan S. Narkunavathy yang mewakili Tommy berkata, keluarga Adib tidak memberitahu mahkamah bagaimana afidavit Peguam Negara telah mengganggu inkues.