Polis Kelantan rampas dadah bernilai RM100,000

2022-03-15 0

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kelantan berjaya merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM100,000.
Ketua JSJN Kelantan, ACP Mit Emong berkata rampasan itu dilakukan melalui Ops Ice Breaker bermula 28 Julai lalu.
Selain rampasan, pihaknya turut menahan 239 individu termasuk 21 pengedar dan 88 pemilik dadah.