Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali menggesa semua rakyat Malaysia berperanan dalam memastikan kelangsungan Harimau Malaya di negara ini.
Isteri Perdana Menteri yang merupakan Penaung Kempen Selamatkan Harimau Malaya itu berkata, peranan tersebut bukan sahaja perlu dipergiatkan oleh Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli sahaja, tetapi juga agensi-agensi lain termasuk institusi pendidikan.