Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memperkenalkan undang-undang baharu mengenai penggunaan rokok elektronik, vape dan shisha bagi menangani segala permasalahan yang timbul termasuk penularannya di kalangan pelajar sekolah.
Undang-undang itu yang dinamakan akta tembakau kini dalam penelitian Penasihat Undang-Undang KKM sebelum diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.