Perbincangan Meja Bulat Peneraju Industri Turki melibatkan kira-kira 35 syarikat utama Turki sekali gus meningkatkan hubungan dua hala sedia ada antara Malaysia dan Turki sejak kedua-dua negara mula menjalin hubungan diplomatik pada 1964.
Ia antara usaha memperkukuh perdagangan sedia ada, selain mempromosi kerjasama baharu dalam pelbagai bidang ekonomi.