Izuan Razali mengalah, minta maaf buat prank mengamuk di kedai makan selepas dapat ugutan jenayah

2022-03-09 4,237

MENERIMA ugutan menerusi media sosial, pelakon Izuan Razali tampil membuat laporan di Balai Polis Mutiara Damansara pada Rabu.

Ujar Izuan, 30, dia mengambil langkah itu selepas merasakan keselamatannya tergugat gara-gara video prank di aplikasi TikTok.

“Saya terima ugutan daripada individu yang saya tak kenal, ugutan tembak... dia tiba-tiba DM cakap nak tembak, nak pecahkan muka saya kalau jumpa depan-depan.

“Saya datang kat balai ini untuk lindungi diri saya, buat masa sekarang saya serahkan kepada pihak polis untuk handle kes ini.

“Dalam masa sama saya nak minta maaf kepada semua. Saya nak jelaskan bahawa semua prank tersebut sudah dirancang lebih awal untuk bantu promosi pemilik kedai,” ujarnya kepada mStar.