UMNO perlu sedia menerima kritikan serta pandangan dalam usaha mengukuhkan parti tersebut. Tan Sri Dr Rais Yatim berpandangan langkah mengakui kesilapan tidak akan menjejaskan ego kepimpinan parti itu malah bakal menerima sokongan dan penghormatan.