Pengendali skuad bola sepak kebangsaan Datuk Ong Kim Swee enggan memandang mudah cabaran Timor Leste menjelang aksi play off Piala Asia, pada 2 dan 6 Jun depan walaupun pasukan itu tumpas 2-0 ketika aksi persahabatan berdepan Kemboja, pada Ahad.