Bas ekspres terbakar, penumpang selamat
2022-03-04
0
26 penumpang terselamat dalam kejadian bas ekpress terbakar di kilometer 30 jalan Serian-Sri Aman, Sarawak pada petang Isnin. Bagaimanapun pemandu bas yang berusia 39 tahun dilaporkan mengalami cedera ringan iaitu melecur di tangan dan telinga.